Sunday 21 April 2013



PERMATA




            
Idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA  Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.
                Projek  Perintis PERMATA  Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.
                Sehubungan itu, kurikulum PERMATA  telah pun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ Juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.
                Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.



Falsafah dan Fokus PERMATA Negara 
 
Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

  • Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

    i. Berumur satu hingga empat tahun
    ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
    iii. Keluarga berpendapatan rendah
    iv. Berbilang kaum dan agama
  • Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan
  • Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir  hingga ke usia pra persekolahan.
  •