SELASA
12.3.2013
5 TOKOH
ARNOLD GESELL
Robert J. Havighurst
JEAN PIAGET
SIGMUND FREUD
ERIK ERIKSON
![]() |
ARNOLD GESELL |
Arnold
Gesell telah mengemukakan satu teori iaitu
teori
kematangan biologi yang
mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa
yang tetap. Ini
Bermaksud apabila sudah sampai masa perkembangan manusia itu pasti berlaku.
Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan
proses pembelajaran.
Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu dan organ serta
fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang
demikian , perlakuan kanak-kanak boleh diramalkan. Oleh kerana beliau
mempercayai kematangan menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini
bererti beliau mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap
perkembangan kanak-kanak .
Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan
hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat
mengubahsuai kemajuan perkembangan. Beliau menghormati hak dan
individualiti kanak-kanak dan mempercayai kanak-kanak bebas untuk mendapatkan
pendidikan. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangan
sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan .
Personaliti, kadar pertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang
dimiliki oleh individu. Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainan yang
berlaku pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering berlaku
sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat.
Beliau
membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat seperti di
bawah:
Peringkat Pertama ( 0 – 1 tahun )
Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan
tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan yang inginkan
belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan
emosi seperti ketawa apabila gembira sementara di usia 8 bulan,
perkembangan psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh
menggenggam objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun pula
telah boleh berdiri.
Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
Kanak-kanak mulai berjalan berjalan , bercakap dan
memahami makna “jangan”. Pada akhir peringkat ini boleh berjalan dan
berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat.
Peringkat Ketiga ( 2 – 3 tahun )
Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap
menggunakan ayat yang mudah.
Peringkat
Keempat ( 3 – 4 tahun )
Kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga
dan dapat menerima arahan mudah ibu bapa.
Peringkat
kelima ( 4 – 6 tahun )
Kanak-kanak
mula bersosialisasi dan berupaya mengemukakan soalan
berperingkat-peringkat.Kanak-kanak sudah boleh membezakan di antara yang betul
dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain.
![]() |
Robert J. Havighurst |
Robert J.
Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 dan telah menerima ijazah Ph.D.
dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Beliau telah
mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses
pendidikan setelah menjadi guru.
Beliau telah
mengemukakan teori mengenai tugas perkembangan. Tugas
perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku
yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu. Ia adalah satu set kebolehan atau kemahiran yang perlu
dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
Perkembangan
kanak-kanak amat dipengaruhi persekitarannya mengikut
teori ini. Perkembangan personaliti dipengaruhi oleh nilai, norma dan budaya
masyarakatnya.
Kebudayaan masyarakat juga berkait rapat dengan keperluan mereka.
Pendekatan memenuhi keperluan psikologi mungkin berbeza daripada satu budaya
kepada satu budaya yang lain.
Beliau turut memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas perkembangan merujuk
kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa dalam hidup individu tersebut. Kejayaan mencapai tugas ini akan membawa
kegembiraan manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam
tugas-tugas seterusnya.
Havighurst
membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja kepada tiga peringkat.
Peringkat
pertama
lahir - 6 tahun.
Dalam
peringkat ini, kanak-kanak sudah mula bertutur namun masih bersifat egosentrik iaitu
bercakap mengenai diri sendiri. Ketika berusia 6 tahun, kanak-kanak sudah
mampu bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah memiliki kemampuan
untuk membezakan yang betul dan salah. Bagaimanapun, kanak -kanak pada
peringkat ini masih belum dapat menguasai konsep pengekalan dan
transformasi.
Peringkat kedua
6 hingga 12 tahun.
Pada usia
ini, kanak-kanak sudah menguasai beberapa kemahiran termasuk kemampuan untuk
bersosial dan bergaul dengan orang di sekeliling mereka. Mereka juga mula belajar untuk membentuk sikap
mengakui hak, keupayaan dan kelemahan individu.
Peringkat
yang ketiga
12 hingga 18 tahun.
Pada peringkat ini, perubahan fizikal
adalah ketara setelah kanak-kanak akil baligh. Mereka akan mula memiliki kecenderungan untuk
meminati jantina yang berbeza. Mereka akan
belajar bertingkahlaku seperti orang dewasa ketika berada di kalangan orang
dewasa. Pada usia ini, mereka mengingini tingkah laku dan kehidupan yang
bertanggungjawab serta diterima masyarakat. Selain itu,
kesedaran mereka terhadap perkara yang penting, baik dan betul juga menjadi
mantap.
Mengikut teori Havighurst, beliau mempercayai bahawa manusia mempunyai tugas perkembangan pada
setiap peringkat hidup mereka. Sesuatu tugasan dalam peringkat hidup mereka
akan mempengaruhi peringkat seterusnya.
Jean Piaget
Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan.
Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Meninggal dunia pada tahun 1980
4 konsep utama Teori Piaget
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran. Skema
adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail
mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum
dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema
itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat
perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila
seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan
menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya.
Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat
membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya
ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Dari
kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai
peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan
operasi formal.
- Sensori motor (0-2 tahun)
- Pra-operasi (2-7 tahun)
- Operasi konkrit (7-12 tahun)
- Operasi formal (12 tahun ke atas)
1. Peringkat deria motor/ sensori motor
(0-2 tahun)
·
Penggunaan
deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan
perkembangan
kognitif berkaitan persekitarannya;
·
Pengekalan
objek (gambaran objek di dalam memori);
·
Permulaan
pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke
bentuk asal
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema
baharu (perancangan);
·
Perwakilan
sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik)
·
Kemahiran
berbahasa kian meluas
·
Tidak mampu
menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan
·
Sikap
egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
Implikasi teori dalam
P&P
- Penggunaan BBM yang konkrit;
- Arahan ringkas dan difahami;
- Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
- Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12
tahun)
·
Pemikiran
secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit
·
Berkebolehan
menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip
asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip
keterbalikan
·
Penguasaan
proses pengelasan berdasarkan trait
·
Penguasaan
proses penyusunan secara bersiri;
Implikasi teori dalam P&P
- Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
- Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
- Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
- Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
- Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12
tahun)
·
Pemikiran
abstrak
·
Pemikiran
sistematik
·
Kebolehan
berhipotesis
·
Egosentrik
remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan
sekeliling).
Implikasi
teori dalam P&P
·
Penggunaan
bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks
·
Peluang
bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah
·
Pengemukaan
konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
·
Boleh
mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara
logik.
![]() |
Sigmund Freud |
Teori-teori
perkembangan psikoseksual Freud terbahagi kepada lima.
Tahap
pertama
Oral iaitu bayi yang baru lahir sehingga berumur
1 tahun.
Pada
peringkat ini juga ia dapat kepuasan daripada aktiviti sekitar mulut iaitu
menghisap, menelan, mengigit dan mengunyah makanan. Jika pada tahap ini kanak-kanak tidak merasa puas,
mereka dianggap gagal dan akan mempengaruhi personaliti.
Tahap
yang Kedua
Anal iaitu
kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun.
Pada
peringkat ini mereka tertumpu kepada proses pembuangan air besar dan air kecil,
ia berlaku di sekitar dubur.
Personaliti kanak-kanak dipengaruhi oleh cara ibu bapa melatih mereka. Jika
berlakunya paksaan, personaliti kanak-kanak akan menjadi kelam-kabut,tidak
berdisiplin serta suka membazir dan ini berlakunya kegagalan.
Tahap yang ketiga
Tahap falik iaitu
kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun.
Pada
peringkat ini kanak-kanak akan mula sedar perbezaan jantina daripada orang lain dan
mereka juga tahu membezakan peranan lelaki dan perempuan. Pada tahap ini juga mereka akan suka bermain dengan
alat jantina. Jika salah dibimbing, kanak-kanak ini akan mengalami kegagalan
seperti takut alat kemaluan dipotong untuk kanak-kanak lelaki manakala
kanak-kanak perempuan iri hati pada alat jantina budak lelaki. Kanak-kanak
lelaki suka menarik perhatian ibu mereka dengan mengikut cara ayah manakala
kanak-kanak perempuan akan mengikut cara ibu mereka untuk menarik perhatian
ayah.
Tahap
yang empat
Tahap latensi iaitu untuk
kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.
Pada tahap
ini tahap
oral, anal dan falik diintegrasikan. Untuk
kanak-kanak lelaki mereka akan beralih punca keseronokan dengan bermain bersama
rakan sebaya manakala kanak-kanak perempuan bermain masak-masak, anak patung,
kahwin-kahwin. Kanak-kanak lelaki akan cuba menjadi maskulin manakala
kanak-kanak perempuan akan menjadi feminim.
Tahap 5
Genital iaitu
individu yang berumur 12 tahun ke atas.
Zaman ini individu akan melalui tekanan
keterlaluan dan stress. Pada tahap
ini, akan lahirnya isu seksual iaitu tertarik dengan berlainan
jantina. Mereka
yang berjaya mengatasi masalah ini akan menjalani kehidupan normal, mampu
bekerja dengan produktif. Remaja juga akan sedia untuk jadi orang dewasa yang
berfungsi dan menjalankan tangunggjawab dengan sempurna.
![]() |
Erik Erikson |
Teori
Psikososial Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip utama iaitu
·
setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
·
perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas
individu terhadap
keperluan-keperluan asasnya
·
perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
·
setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti
diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya
·
kegagalan mengatasi konflik pada satu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap
yang berikutnya.
Perkembangan
psikososial Erikson terbahagi kepada lapan.
Peringkat
pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan iaitu dari
lahir hingga 1 tahun. Bayi perlu mempunyai hubungan
yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya hal ini gagal, ketidakpercayaan akan
timbul dalam diri kanak-kanak.
Yang kedua
ialah peringkat autonomi lawan keraguan iaitu dari umur 1 tahun hingga 3 tahun. Pada peringkat ini perkembangan kanak-kanak tertumpu
pada perkembangan
fizikal. Sekiranya
berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri
sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri sendiri.
Pada
peringkat ketiga inisiatif lawan rasa bersalah iaitu pada tahap umur 4
hingga 5 tahun. Pada tahap
ini, kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk
melakukan sesuatu sendiri, sekiranya
gagal boleh membawa rasa bersalah.
Seterusnya peringkat industri
lawan rasa rendah diri iaitu pada tahap umur 6 hingga 11 tahun. Kanak-kanak pada tahap ini perlu menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan pada tahap ini akan membawa rasa rendah
diri dan tiada keupayaan. Identiti lawan kekeliruan identiti ialah peringkat
kelima iaitu untuk golongan yang berumur
12 hingga 18 tahun. Pada
peringkat ini, mereka mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam
pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.
Peringkat
yang seterusnya ialah keintiman lawan keasingan iaitu mereka
diperingkat awal dewasa yang berumur 18 hingga 35 tahun. Mula membentuk keintiman dalam perhubungan, menuju kearah
perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan
pada tahap ini akan membawa perasaan terasing dan tersisih.
Peringkat
yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan kekakuan iaitu pertengahan
dewasa yang berumur 35 hingga 65 tahun. Pada
peringkat ini kehidupan yang berkeluarga dan mempunyai kerjaya yang
baik. Kegagalan pada peringkat ini akan
membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.
Akhir sekali
ialah integriti lawan kekecewaan iaitu peringkat lanjut usia yang berumur 65
tahun ke atas. Kejayaan dalam hidup dan bekeluarga. Kegagalan
pada tahap ini akan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.
No comments:
Post a Comment