Saturday 23 March 2013

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEDAGOGI YANG DISARANKAN.

SELASA 
19.3.2013
 
Pada minggu ini pelbagai input berkenaan dunia ilmu kanak-kanak telah saya perolehi daripada DR.terutamanya dari segi pertumbuhan kanak-kanak.Saya berharap segala ilmu yang diperolehi dapat saya gunakan pada masa akan datang.
Pada minggu ini saya telah membentangkan tentang satu sub tajuk yang diberikan DR kepada ahli kumpulan saya.  Ahli kumpulan kami telah menerima tajuk mengembangkan kebolehan merasa pelbagai terkstur  unutk kanak-kanak dari lahir hingga enam bulan.Antara aktiviti yang dicadangkan oleh ahli kumpulan kami ialah
merasa permukaan melalui 
  • botol susu-apabila kanak-kanak menghisap susu dengan mengunakan botol ,mereka akan memegang botol susu tersebut dan akan meresa permukaan botol susu yang licin
  • tekstur lembut-kanak -kanak dapat merasa tekstur yang lembut melalui bantal dan pakaian 
  • semasa mandi kanak-kanak juga dapat merasa terkstur melalui air ,buih dan sebagainya
  • ibu-bapa dan guru juga boleh membantu kanak-kanak seusia ini unutk meningkatkan perkembangan deria mereka dengan memegang tangan mereka dan melalui tapak tangan mereka cuba menyentuh pelbagai pancaindera seperti mulut,pipi ,rambut dan sebagainya.
    • ini semua merupakan pembelajaran ataupun pengalaman yang diperolehi kanak-kanak secara tidak formal .
    • kanak-kanak pada tahap hanya boleh merasa pelbagai tekstur namun tidak boleh menterjemahkan kepada kita bahasa yang kita fahami. 
 
 
PENGENALAN KURIKULUM PERMATA (KP).
Kurikulum permata merupakan sesuatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk  menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) Pendidikan1997).
            KP telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan danianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.KP merupakan satu panduan bagi pihak-pihak yang menguruskan taska atau Pusat Anak Perdana Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan awal kanak yang terbaik dalam meningkat potensi kecemerlangan kanak-kanak. Aspek yang dititikberatkan dalam KP ialah interaksi dengan kanak-kanak, kaedah pengasuhan dan lain-lain lagi

Pengertian Pedagogi
Pedagogi  ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.
                        BELAJAR MELALUI BERMAIN
            “Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”
                                               (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)
            Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.
Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.
John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

            Teori konstruktivisme Piaget
Teori Konstruktivisme Jean Piaget
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti “saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara kualitatif.
Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.

Pada masa remaja dan dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.
Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.
Beliau mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain.
Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.
Akomodasi.
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

            TEORI KECERGASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

            Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
(Gardner 1983)
            Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.

No comments:

Post a Comment