Wednesday 13 March 2013

TOKOH 
  • HOWARD GARNER
  • GLENN DOMAN
MINGGU 2
25.22013



Dr. Glenn Doman

Kita terlebih dahulu akan melihat latar belakang  Dr. Glenn Doman, seorang pengasas Institut yang menangani masalah pencapaian potensial manusia (The Institute for The Achievement of Human Potential) di Philadelphia .Menceburi  bidang menangani cacat otak pada kanak-kanak sejak tahun 1940. Glenn dengan institutnya terkenal sebagai pelopor dan berhasil dalam menangani masalah kecacatan  otak kanak-kanak.


 

          Glenn banyak menulis buku bagi orang dewasa terutamanya untuk mendidik kanak-kanak  seperti 'How to teach your baby to read', 'How to teach your baby math', 'How to teach your baby to be physically superb'. Dan terutama buku popularnya "How to give your baby encyclopedic knowledge" .







TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)


Teori pelbagai  kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan.


            Beliau telah membuat  kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa  (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah profesional.


            Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong,1994).Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.  


Kecerdasan  kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut  


Kinestetik 


Kebolehan  menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi  pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.


 Interpersonal


Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,kelemahan dan kekuatan yang ada.


             Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti  kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.


Logik-Matematik


            Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal ,menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.


Muzik


 Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten,membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah  muzik, mengingati melodi,memahami struktur dan rentak muzik.


 Verbal-Linguistik


Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis.Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk    perkataan .Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,mengingat maklumat, memahami perkataan


 


Visual-Ruang

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu initernasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis danmenterjemah imej secara visual.Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.



 


No comments:

Post a Comment