Saturday 9 March 2013



ISNIN
04.03.2013
TOPIK:Hala Tuju Pendidikan Prasekolah Di Malaysia

           Saya dan kawan-kawan telah menimba pengetahuan yang amat berguna daripada Dr .Zuraidah berkenaan hala tuju pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Terlebih dahulu ,sebagai pengisian di dalam blog ini,saya akan menyentuh serba sedikit berkenaan pendidikan awal kanak-kanak yang amat memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Jika pendidikan asas yang berkualiti diberikan kepada kanak-kanak ,maka kanak-kanak tersebut akan mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya di dalam pendidikan yang lebih tinggi. Oleh yang demikian,boleh saya katakan bahawa guru pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk masa depan kanak-kanak. Guru prasekolah adalah aset penting kepada negara bagi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang berkualiti dan lebih berdaya saing dalam pelbagai aspek samaada akademik,sahsiah dan sebagainya
            Di dalam topik ini,terdapat empat agensi utama yang memacu pendidikan prasekolah di negara ini iaitu Kementerian pelajaran,KEMAS,Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi  di bawah Jabatan Perdana Menteri dan agensi swasta. Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia bermula pada tahun 1940 . Selepas tahun 1960  iaitu pada zaman selepas merdeka pendidikan awal kanak-kanak mula berkembang dengan pesat ,berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan di kalangan golongan kurang berkemampuan yang mula meningkat.
            Yayasan Asia telah telah memainkan peranan pada tahun 1969  dengan menyumbangkan wang kepada pertubuhan pekerja-pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) untuk mendirikan tadika yang mirip program “HeadStart’ di Amerika Syarikat. Tadika ini ditubuhkan di kampung Muniady,kampung Sentosa  dan Kampung Manggis yang terletak  di Negeri Selangor yang mengutamakan kanak-kanak yang dari golongan miskin dari keturunan melayu ,cina dan india.
            Selain itu, untuk lebih mendalami lagi berkenaan sejarah pendidikan awal kanak-kanak,kami juga meluaskan skop pembelajaran dengan melihat  perkembangan prasekolah luar negara dan HEADSTART. Prasekolah yang pertama didirikan di Amerika Syarikat pada tahun 1850 .  Biasanya prasekolah lebih menumpukan kanak-kanak dari golongan berada (kaya)  untuk belajar di prasekolah . Ini menyebabkan kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak. Melalui program Headstart yang telah dirancang ini dapat membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin.Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran. Diantara ciri-ciri Program Headstart ialah
            Penglibatan ibu-bapa.
            Ibu-bapa terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran ,perancangan   program dan pengurusan prasekolah.
            Kesihatan
            Menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan dan pergigian           ,kesihatan mental dan perhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.
            Pemakanan
            Membimbing kanak-kanak untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya           memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi  diri sendiri
            Pendidikan
            Fokus kepada pengalaman individu unutk perkembangan sosial,intelek,fizikal            dan emosi.
            Perhidmatan sosial
            Membantu keluarga berusaha secara diri sendiri unutk meningkatkan kualiti    kehidupan.


No comments:

Post a Comment